Monday, May 31, 2010

Introducing....

baby got their names now...Lola and Shiro -_-




Wednesday, May 26, 2010

Hero-Legless Cat

me and afiq masih lagi bersedih..6 babies dan Modjo pergi cepat sangat.ada gambar gambarnya tapi sebab komputer masih rosak tak dapat nak upload kat sini.semua sebab flu jadi bagi sesiapa yang kucing dia kena flu jaga baik baik okay.

sampai sekarang kami rasa salah kami sebab tak jaga depa dengan baik.terima kasih buat thalhah dan papa meow dari blog kucing kucing terbiar sebab tolong tanam Modjo kat tempat depa.tengah tunggu masa yang sesuai untuk lawat baby dan mummy yang dihantar harituh..dan nak jumpa Aman dan Peace!

hati tak sanggup rasanya nak tengok gambar gambar baby kat dalam camera dan posting yang lama.paling tersentuh bila afiq kata "bila pergi dapur rasa sunyi je tak ada sekor yang paling bising".he is referring to Modjo yang pantang kita pi dapur dia yang paling bising sebab makanan dia special lain dari yang lain.kena masak dulu.jadi dia tau tiap kali pi dapur mungkin masak untuk dia..dan dah makin sunyi sebab tak ada suara suara baby yang banyak mintak susu.yang tinggal hanya dua ekor baby(anak Eva's) yang sekarang makin gemuk dan aktif.tiap tiap hari risaukan mereka sebab hanya dua yang tinggal.

ini ada 1 benda menarik nak share dengan semua.ini Hero..dia ada 2 kaki sahaja.kisah nya di SINI .sedih sangat baca sampai menitik air mata.sama la macam masa mula mula aku jumpa Magic yang tak ada 1 paw.


note : kepada yang beli binatang peliharaan mahal mahal tuh..1k hang beli le kasi makan banyak kucing kucing terbiar.dan aku cukup benci pet shop yang jual binatang sebab boleh tengok depa tak jaga binatang tuh dengan baik sebenarnya!

Saturday, May 22, 2010

Bad News

salam
disebabkan komputer mummy rosak at the moment so itscats unable to upload any pic.
we just want to inform that our beloved MODJO that is Eva's baby had passed away yesterday disebabkan cirit birit yang berterusan dan selesema yang teruk.we are so sad still.

and one of Bella's new born baby also died yesterday morning because of flu.one of her baby also is fighting for her life at the moment as well as one of Eva's baby.all because of flu.

we are so sad sebab dalam 1 minggu kami mungkin akan kehilangan 4 nyawa.

note : last posting ada cerita pasal kucing kucing yang aku tangkapkan....dah pun di past kat blogger kucing kucing terbiar.for those yang nak plis contact blogger kucing kucing terbiar

Thursday, May 20, 2010

Anak Anak Dijumpai.Ada Siapa Siapa Mau?

i dont think that both of my blog will be updated soon as my pc rosak and internet akaun pulak dituduh fraud atas sebab kebodohan technician yang pasang aku punya streamyx.

jadinya hari ni kena turun cyber cafe semata nak update cerita terbaru .
pasal "anak anak " yang sekarang tengah merana kena selesema masih lagi tak okay.jadi hari hari kena bagi ubat.yang kecik la kena sakit mata.sabar jela dugaan betul.kadang kadang menangis sebab rasa serba salah tak jaga depa dengan baik.tapi nasib baik la ada sokongan dari rakan rakan blogger yang aku rasa manusia paling interesting dalam dunia aku yang aku kenal.

lagi satu story aku nak share tadi aku jumpa mak kucing and 2 ekor anak dia.tak tau la siapa yang buat kat aku punya floor jadi aku tangkap bawak balik.kenapa aku cakap tangkap!....mak hai susah betul nak ambik anak dia sebab dia takut betul dengan orang.sabar jela.nasib baik ada abang ni dia dengar aku duk lari lari kan dia tolong aku tangkap.kalau dia tak ada tadi mau berejam jugak aku turun naik floor kejar kucing punya pasal.ni mak dan anak dia.

mak dia ni peknen .cian dia .baik je mak dia.
ni anak anak dia .sekor warna hitam putih sekor g warna kuning.yang kuning ni mata dia biru.tapi dua dua penakut nak mampus.geram aku.habis tangan aku kena cakar..mulanya aku nak hantar kat papa meow blogger kucing kucing terbiar tapi aku nak tanya kat sini dulu ada siapa siapa nak tak depa ni?

kalau ada yang nak please sms aku nanti aku call balik.nak hantar kat papa meow kesian lak kat dia sebab anak anak dia dah banyak.sama la dengan aku.jadi mintak tolong as soon as posible okay!!!

Saturday, May 15, 2010

RIP Dak Kimo

me ,afiq and all of our baby furr sending our condolence to
miss Tedi atas kehilangan Dak Kimo.
he will be remembered in peace and be love from all of us.

Dak Kimo...
go and play in heaven with Maxy ya.
notes : TO THOSE CAT LOVERS OUT THERE IF U WANT THE BABIES IN POSTING BELOW PLEASE EMAIL ME AT niasalina@gmail.com

love,
shaf
(selftitleshaf.blogspot.com)

Friday, May 14, 2010

Latest Baby Pic!!!

INI ADALAH BABY BABY EVA's
MACAM ALIEN KAN.NI SEMUA KERJA DADDY DEPA AMIK PIC MACAM NI.CAN U SPOT THE TWIN?

INI ANAK BELLA's LATEST!
ADA BERAPA KAH SEMUANYA.KIRA LA SENDIRIK -_-

Saturday, May 8, 2010

What The Hell!!

aku dah mula rasa nak marah .
sebab ada yang cakap join group yang aku buat ni that is "membantah keganasan keatas haiwan di pusat perlindungan DBKL" semata nak tengok video dan gambar bukti.
kenapa tak join iklas untuk support the group?
nak tanya manusia yang berfikiran macam ni..senang ke nak bongkar benda jahat?
tambah pulak dari orang macam aku yang lansung tak ada pangkat apa apa ni.
lain la aku ni anak dato ke menteri ke kan.
aku buat group ni bukan untuk meng"glam" kan diri.
its for a good cause.tak nampak ke?
bukannya aku buat group "shaf lina fabeles " ke..-_-
itu melampau dah tuh.
update :
dari blog papa meow (kucing2terbiar.blogspot.com)
boleh baca kat SINI
dia dah pergi tengok tempat tuh.bertutup semua dengan zink.
beb manusia pun panas beb kalau rumah semua bertutup dengan zink.
siap le dengar anjing melolong sakit
wat the hell beb!aku dah geram sangat ni.
aku bukan buat group tu suka suka.
sekali lagi aku tegaskan.
atlis aku nak dapat kan lebih dari 200 orang
pastuh aku akan forward kan dekat people yang ada kuasa untuk cek.
gila ke pusat lindungan haiwan kita tak boleh masuk.
wat the hell kan?

Wednesday, May 5, 2010

Tolong Spread The Word !!!!

hai all,
eh dah nak bersawang blog mummy ni kan.
yela nak kena tunggu mummy free baru le update.
nak harap daddy..huh!waste time sangat!=b
mummy sajikan u all dengan gambar gambar latest dulu sebab dia malas nak uploas satu satu =b
*mummy and magic...magic tuh macam reluctant je nak kiss mummy.hihi*
*ini kebulor namanya*
*baby dah bukak mata.tomey kan?*
well due to what we read at blog papa meow------www.kucing2terbiar.blogspot.com
and i quote(hopefully papa meow okay ye sebab nak quote dari your blog)
Maklumat Terkini, untuk pengetahuan pusat kurungan haiwan terutama milik dbkl di setapak masih melakukan penderaan sehingga mati. terhadap anjing dan kucing yang ditangkap. Bahagian hadapannya telah ditutup dari pandangan awam, tidak seperti dulu yang terbuka supaya aktiviti penderaan tidak dapat dilihat.

Pada yang pandai dan simpati sila buat satu entry protes supaya pusat kurungan haiwan ditutup, digantikan dengan Taman haiwan terbiar yang diambilalih oleh sukarelawan pencinta haiwan. Nanti kita sama-sama sebarkan. Kita desak kerajaan berbuat sesuatu. Sedangkan negara seperti Amerika dan Australia contohnya, sangat menjaga kebajikan haiwan, tapi negara Islam seperti Malaysia begitu jahat. Mungkin salah satu sebab negara Islam masih mundur dan kucar kacir berkat doa haiwan yang dizalimi.


dulu memang ada berita pasal pusat lindungan haiwan kat selayang DBKL punya la kan menyiksa binatang binatang.pas kena tegur sebenarnya depa masih lagi mendera haiwan haiwan tak bersalah ni behind close door.well personally aku memang tak pernah visit this place.but aku percaya apa yang pencinta binatang cakap ok.yelah takkan nak tipu pasal hal hal macam ni.

eventhough aku tak berpeluang lagi nak visit this place to see with my own eye..aku dah buat 1 group kat facebook.walaupun tak pergi lagi tapi aku sakit hati bila baca berita ni.so aku tak nak lambat sangat bertindak .jadi mintak tolong semua tingkat kan kesedaran yang lain terutama yang ada facebook.sila add group ini ok----search : 
membantah keganasan keatas haiwan di pusat perlindungan DBKL (setapak)

tapi kalau siapa siapa ada berita yang mengatakan benda ni tak betul sila bagitau aku cepat... aku setuju dengan kenyataan papa meow.aku pun pernah kena tegur kenapala nak tolong haiwan sangat.adoi jawapan aku sama "bukan ke haiwan ada perasaan jugak..."bukan ke haiwan tak boleh nak tolong diri sendiri kalau kita yang ada fikiran ni nak tolong depa".plis ah bukak mata bukak minda.