Saturday, December 18, 2010

Tolongla Jerry!!!!!

hai all.ini Jerry...kenapa Jerry macam ni?
taken from PAPA MEOW blog (kucing2terbiar.blogspot.com)
mengikut apa dari yang mummy baca dari blog PAPA MEOW Jerry kena langgar atau kena pukul macam tuh .jadi sekarang rahang dia tak boleh nak bukak.nak makan pun susah.mummy dah pun mintak tolong kawan kawan mummy tolong Jerry.ada jugak yang hulurkan kewangan walaupun sikit.moga dapat membantu .

kawan kawan semua mari tolong Jerry.ni num akaun papa Jerry 157157812871(AKAUN MAYBANK) atas nama papa Jerry nik ahmad saddam bin nik mustapha..

mari kita sama sama bantu dia !!!

Friday, December 17, 2010

Good Bye Maxy

harini ada berita sedih lagi.entah kenapa kucing kucing sekarang kurang tahan daya dari kucing dulu dulu.baru baru ni Dora anak Eva dapat 3 baby. 2 ekor dah lama mati.tinggal la sekor sebijik macam Maxy kaler dia.sama macam Maxy "anak" kesayangan aku dulu.kira dah sayang sangat la kan sebab dapat sekor yang sama macam Maxy.

Maxy junior ni aktif sangat.suka main dengan Moo Moo.kita orang sayang gila kat dia.tapi sejak kebelakangan ni Dora dah tak nak bagi susu kat dia.kesian Maxy.sampai kita orang terpaksa pegang Dora supaya dia kasi susu.lepas tuh Maxy ni suka sangat tidor kat laki aku.

malangnya pagi ni masa aku bangun Afiq cakap Maxy dah tak ada.dah la semalam dia tido sebelah Afiq.kesian Maxy.gambar dia ada kat facebook.aku tak sempat nak letak kat sini.depan rumah kita orang penuh dengan grave anak kucing.salah kita orang ke ?kita orang tak jaga diaorang dengan baik maybe.ergh sooo sad.yang kena kurap pun tak ok lagi.mak pak dia pun tak mampu nak bawak pi klinik lagi.aku punya gatal gatal pun tak okay lagi.Dora pun dah botak.bulu tinggal sikit je.herm...i promise to all my "kiddo" that we will do our best to jaga u all

Wednesday, December 15, 2010

Bagi Mereka Yang Membenci Kucing.Sila Baca

aku tau ramai yang tak suka kucing kan.sebab katanya kotor..geli...lepas tuh kalau pergi makan kucing datang mintak makan sepak sepak kan ?aku dulu masa kecik tak suka anjing.bukan sebab apa aku pernah kena kejar anjing dulu tapi bila dah tua ni mula la paham yang anjing tuh ciptaan tuhan jugak jadi tak perlu nak baling baling batu ke kalau dia tak kacau kita.bukan la masa tuh aku baling batu kat dia.aku pun tak tau kenapa dia kejar.haha.perlu ke aku cerita kisah pelacur dengan anjing tuh.tak perlu kan.aku rasa semua dah tau cerita tuh.

kita as a human being bukan saja perlu berbaik baik sesama manusia tapi dengan binatang jugak.aku selalu bagitau benda ni...kalau terjumpa kucing terbiar jangan la nayakan dia sebab dia pun nak teruskan hidup.tak kisah la binatang apa pun.as long as tak menyakitkan kita jangan inayakan binatang tuh.atlis beli la makanan kecik ke bagi la kucing/anjing tuh makan.tak luak pun duit tuh.

contoh ada sorang abang ni dulu masa aku duduk kat Damansara.aku nak tangkap ada kucing ni dengan anak anak dia sebab kesian tengok kucing kucing tuh duduk kat tepi tangga.terserempak dengan abang ni masa aku duk terjerit jerit kejar kucing tuh dia keluar dari rumah.dia keluarkan makanan kasi kat aku untuk umpan kucing tuh.siap dia tolong kejar lagi.bertingkat tingkat dia kejar.aku pun dah naik penat dia lak tolong sambung.baik sangat.kucing kucing tuh aku hantar kat rumah PAPA MEOW.ha Hawa "anak" papa meow tuh mak kucing yang aku tangkap ni la.satu lagi kejadian masa tuh ada kucing jiran aku ni stuck kat bumbung jiran.kesian sangat kucing tuh kalau aku ingat balik.dari malam sebelum tuh dah stuck kat situ.nak jalan dia takut pastuh takut jatuh sebab masa tuh rumah aku tingkat 12.aunty yang duduk kat rumah tuh punyalah marah.ada ke dia nak jolok kucing tuh dengan penyapu supaya blah dari rumah dia.so aku cuba la umpan dengan makanan tapi tak jalan jugak sebab dia takut.sudahnya sampai ke petang.tetiba datang ada sorang abang ni panjat atas koridor tuh kemudian grab kucing tuh dengan sebelah tangan.masa tuh kucing tuh dah dekat sikit.gila awesome.dia pertaruhkan nyawa dia untuk selamatkan kucing tuh.masa tuh aku rasa WOW sangat dengan orang macamni.

dan aku ada jugak jumpa mereka mereka yang bagi kucing terbiar makan.aku rasa macam nak give hug je kat orang macam ni.dan selama aku berblog ni memang ramai aku jumpa manusia manusia yang mulia ni.contoh tuh tengok bloglist kat tepi blog aku ni.aku sekarang ada hampir 15 ekor kucing.semua stray cat.sampai sekarang pun kalau jumpa kucing rasa nak bawak balik je tapi takut tak terjaga.kadang aku sakit hati dengan orang yang beli kucing mahal mahal kat pet store tuh tapi kalau tak beli siapa nak belikan.kalau pergi ke pet store tolong perhatikan samaada kedai tuh jaga tak haiwan kat situ dengan baik.sebab dah banyak kedai dah aku sound.tau nak untung je tapi haiwan kat situ tak berjaga elok.contoh kat UPTOWN DAMANSARA.ooo siap tak boleh ambik gambar ye.bullshit la kau!

sebagai penutup ni aku ambil dari blog yang aku baru tengok.cat lover jugak.aku tertarik dengan kisah ni.pinjam ye rosmawatiyusof.blogspot.com.mari kita ambik iktibar sama sama =)

kisah 1

Seorang Sufi ternama bernama ibnu bashad yang hidup pada abad ke sepuluh bercerita, suatu saat ia dan sahabat-sahabatnya sedang duduk santai melepas lelah di atas atap masjid kota kairo sambil menikmati makan malam. Ketika seekor kucing melewatinya, Ibnu Bashad memberi sepotong daging kepada kucing itu, namun tak lama kemudian kucing itu balik lagi, setelah memberinya potongan yang ke dua, diam-diam Ibnu Bashad mengikuti kearah kucing itu pergi, hingga akhirnya ia sampai disebuah atap rumah kumuh, dan didapatinya si kucing tadi sedang menyodorkan sepotong daging yang diberikan Ibnu Bashad kepada kucing lain yang buta kedua matanya. Peristiwa ini sangat menyentuh hatinya hingga ia menjadi seorang sufi sampai ajal menjemputnya pada tahun 1067.
Ada juga cerita tentang seorang sufi di Iraq yang bernama Shibli, ia bermimpi dosa-dosanya diampuni setelah menyelamatkan nyawa seekor anak kucing dari bahaya.
Selain itu, kaum sufi juga percaya, bahwa dengkuran nafas kucing memiliki irama yang sama dengan dzikir kalimah Allah.

kisah 2

Salah satu cerita yang cukup mahsyur yaitu tentang seekor kucing peliharaan yang dipercayai oleh seorang bapa, untuk menjaga anaknya yang masih bayi dikala ia keluar bekerja. Bagaikan prajurit yang mengawal tuannya, kucing itu tak henti2nya berjaga di sekitar sang bayi. Tak lama kemudian melintaslah ular berbisa yang sangat berbahaya di dekat si bayi comel tersebut. Kucing itu dengan tangkasnya menyerang ular itu hingga mati dengan darah yang berciciran.
Apabila sibapa pulang pada sebelah petangnya, ia terkejut melihat begitu banyak darah di tilam bayinya. Prasangkanya berbisik, si kucing telah membunuh anak kesayangannya! Tanpa berfikir panjang, ia mengambil pisau dan memenggal leher kucing yang tak berdosa itu.
Tak lama kemudian, ia terkejut melihat anaknya terbangun, dengan bangkai ular yang telah terkoyak di belakang punggung anaknya. Melihat itu, si bapa menangis dan menyesali perbuatannya setelah menyadari bahwa ia telah mebunuh kucing peliharaannya yang telah bertaruh nyawa menjaga keselamatan anaknya. Kisah ini menjadi refleksi bagi masyarakat islam di timur tengah untuk tidak berburuk sangka kepada siapapun.

kisah 3

Didalam perkembangan peradaban islam, kucing hadir sebagai teman sejati dalam setiap nafas dan gerak geliat perkembangan islam.
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu hewan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.
Dalam aktivitas lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.
Kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyanyangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti hewan lucu ini sangatlah serius, dalam sebuah hadist shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.
Tak hanya nabi, istri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Seorang sahabat yang juga ahli hadist, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), karena kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

moga dapat disampaikan ke anak anak kita supaya mereka juga tak membuli binatang sebab aku tengok banyak anak anak kecik yang suka membuli binatang.mak pak tak ajar ke supaya sayang binatang?

Saturday, December 11, 2010

Bobby Dan Moo Moo

hai saya BOBBY.dari gambar saya ni semua orang boleh tahu yang saya comot.mummy kata saya pembawak kutu.ok walaupun saya sedikit terasa dengan kenyataan dia tapi saya tak menidakkan kebenaran.saya kucing baka campuran.mummy dengan daddy pun tak tau saya baka apa.katanya saya macam ala ala maine coon sikit.yang pasti saya berbulu tebal.daddy bawak saya balik kerumah semasa saya sedang berjalan jalan cari makan di taman.masa tuh saya comot sangat.ceh sama la macam sekarang ni.masa saya sampai kat rumah mummy huih saya cultural shock sangat sebab mummy dengan daddy ada banyak betul kucing.bawak dari yang besar sampai la yang kecik.mula mula takut jugak lama lama boleh geng la.hobi saya suka menyendel kat mummy bila dia tidur.sebab tuh la mummy kena gatal gatal oh ye dan melepas merata rata sebagai contoh di tilam dan lantai but above all mummy and daddy still love me tho.

hai saya MOO MOO.eh kenapa Moo Moo.ha sebab mummy kata kaler kat badan saya dah macam lembu.kemudian perut saya pun besar macam lembu.haih mummy ni.ni gambar saya dengan abang Shiro anak aunty Eva (RIP).ha saya anak Bella lah.saya je yang survive dari 3ekor.adik adik saya yang lain dah mati tak tau la kenapa.mungkin sebab saya ni aktif terlebih lebih tuh la sebab saya survive sampai sekarang.hobi saya kacau mummy dengan daddy makan.banyak kali saya kena pukul dengan daddy sebab kacau dia makan.kalau tak pun dia akan masukkan saya dalam Box Of Shame(kotak kasut) sebab saya selalu kacau dia makan.dia kata perut saya dah macam orang umur 40an.muncit sangat.lepas makan saya akan melepas atau tidur atas TV.wah heaven sangat.walaupun daddy suka buat saya macam bola tapi saya tahu dia sayang saya.hehe.

salam perkenalan xoxoxo

Monday, December 6, 2010

Bagaimana Nak Mengatasi Kurap Kucing .Pls Help

wah lama gila tak update blog ni.

baru baru ni dapat message dari sorang budak ni dekat facebook.memang budak lagi baru darjah berapa entah.katanya sukakan kucing dan nak bela kucing tapi kucing tuh mesti toilet train kalau tak mak dia tak kasi jaga.mula mula aku balas lepas tuh aku tak balas dah.bukan apa malas nak jawab dah ...

kalau adik baca blog ni ada sebab kenapa aku tak reply.main thing sebab kucing bukan senang nak toilet train.kalau kat rumah kita memang dia pandai melepas kat tempat sepatutnya tapi bila bawak ke tempat lain belum tentu dia pandai sebab kita kena latih dia kat rumah kita sendiri pulak supaya dia biasa dengan keadaan tempat baru.ok.so takkan la aku kena pergi kerumah adik ni pulak untuk train kucing tuh kan .

frankly saying bela kucing ni bukan semata untuk suka suka je .bukan semata sebab kucing ni comel je.tapi kena tahu komitmennya sebab kucing ni bernyawa macam kita jugak.aku ni pun walaupun orang tau yang aku sukakan kucing tapi kadang kadang jadi macam serba salah jugak sebab tak jaga betul betul.baru baru ni "anak anak " aku kena kurap kat telinga tuh.teruk juga la sebab bulu habis gugur banyak.nak hantar ke klinik banyak sangat.sampai aku pun kena gatal gatal jugak la.teruk jugak aku kena sekarang.

pergi pet store dia cakap tak ada ubat untuk penyakit macam ni sebab katanya kena hantar pergi cucuk dan kutu ni sebenarnya bukan yang dari luar tapi dari dalam badan dia orang.jadi aku dah jadi macam serba salah sebab kalau nak hantar semua memang tak larat la nak bayar.

jadi aku nak mintak tolong pendapat siapa siapa yang pernah kena ada tak apa apa cara tradisional yang boleh dipraktikkan sebab aku dah tak sanggup lagi dah tengok diaorang hari demi hari kehilangan bulu dan aku lak teruk kena gatal gatal.1 badan bintik bintik merah.pls HELP ME!!!