Friday, September 24, 2010

Gary dan Maggi

gary...
"anak" kami yang tua dah 3hari tak balik.
sejak duduk rumah teres ni dia dah bermusuh dengan kucing gangster kat kawasan rumah ni.kami panggil kucing tuh "muka kotak" sebab muka dia dah petak betul.haha.selalu gaduh agaknya.

meronta ronta dia nak keluar 3 hari lepas sebab nak balas dendam kat "muka kotak".akhirnya dengan berat hati kami kasi dia keluar dengan harapan dia balik sebab sebelum tuh pun kami pernah kasi dia keluar dan dia ada la pulak balik atau nampak kat kawasan perumahan.tapi dah 3 hari ni tak ada lak dia.moga moga dia selamat dan pandai balik rumah.

meanwhile....
maggi....
"anak" kami yang kira latest jugakla.
semalam dia kena buli dengan "anak anak" lain.kemudian afiq kata dia terberanak tak cukup bulan baby dia kat dalam bilik.2 ekor.kesian dia.kami pun tak tau yang dia pregnant.haish gatal betul kucing kat dalam rumah ni!

Thursday, September 16, 2010

Membela Haiwan Kadang Kadang Nampak Hikmahnya.

merujuk posting di bawah,kami berdua memang agak risau sebabkan anak anak ini kami kena keluar dari rumah baru ni sebab agent yang berperangai mengelabah.katanya kucing kucing kami la punca toilet rumah ni tersumbat walaupun kami baru je duduk tak sampai seminggu masa tuh.puas dah cakap yang takkanla sebab bahan buangan kucing ni pulak jadi punca lubang tuh tersumbat.tak logik lansung.mulala agent tuh merapik kelain katanya keluar jugak kalau tak akan jadi punca masalah lain pulak akan datang.

bayangkan masa tuh nak raya...dah la kami baru cat rumah..betapa crushnya hati kami dengan perangai bangsat ni.kami bukan rasis tapi nila perangai setengah kaum yang hanya pikirkan duit dan takda lain.semata sebab plumber tu caj dia macam macam dia cakap kat kami.bayangkan ini juga..kalau kami cina dan kami bela anjing macam mana?i wonder wether he would tell us the same thing.

kuasa tuhan masa kami balik beraya dah la raya kami sucks tahun ni...dengan runsing kepala memikir mana pulak kami nak pindah lepas ni.mana pulak nak cari duit...sampai sahaja rumah kami cek toilet tuh balik.atas nasihat kawan kami korek lubang tuh pakai plastik.jumpala 1 bola keras warna merah macam bola snooker yang definately for sure bukan kami punya.tak pernah nampak pun.itu la punca lubang tuh tersumbat sampai banjir toilet tuh.

straight kami sms agent bagitau..dia mintak maaf kat afiq.tu saja yang dia cakap sebab dia nak claim balik kat plumber yang pada kami tak cek pun lubang tuh apa puncanya.yang tau kompelin sebab rumah bau kucing.ah kamon la dah kerja engkau kan.tak pulak dia cakap lagi suruh kami keluar dari rumah tuh.

walaupun sekarang kucing kucing kami nak makan pun tak dak sebab mak pak dia tengah broke..kami still yakin alah rezeki ada di mana mana.moga "anak anak" ini mendoakan kami.

Thursday, September 9, 2010

Perlukan Pertolongan Dan Cadangan.Sila Baca!

sebagaimana yang lain lain dah tahu kami dah pun berpindah ke rumah teres yang baru..herm baru je seminggu.tapi kami nak share apa yang kami dah lalui selama seminggu ni.

baru baru ni toilet rumah ni tersumbat.seingat memang tak pernah jatuhkan apa apa dalam lubang kat toilet ni cuma "anak anak " yang melepas kat toilet semua bahan lepasan diaorang kami tolak masukkan dalam lubang ni.dah guna dan dah buat macam macam masih lagi tak okay.jadi kami pun panggilla agent untuk cek apa yang jadi.

datangla entah siapa siap bawak family bagai(chinese family) untuk cek toilet tuh.esoknya dia bawakla 1tong asid untuk curahkan dalam lubang tuh.seminggu lebih masih tak turun air.sampai la sekarang!

dah la toilet tak elok elok lagi...agent tuh tuduh kami jatuhkan barang dan bahan buangan kucing tuh la puncanya.aku cakap takkanla pasal tuh kan sebab dah nama asid kalau bahan buangan kucing tuh puncanya mestila dah okaykan sebab bukannya plastik ke hape jatuh.pikir logik la kan.

tak lama lepas tuh agent ni hantar massage kat kami disebabkan kucing kucing ni dia suruh kami pindah lepas raya sebelum MPSJ datang lagi besar masalah dengan alasan jiran komplain.haih tolongla!tak ada 1 jiran pun yang bising sebab kami baru je pindah seminggu lebih and "anak anak" ni semua kat dalam rumah.

kami nak mintak pendapat apa patut kami buat.kami cari rumah ni bukannya senang.kadang kami pikir macammana kalau kami cina dan kami bela anjing?macam mana?adakah dia akan suruh keluar jugak.sedangkan hari hari kami kemas rumah.kami pun tak nak hidup dalam keadaan yang busuk betul tak?sedih betul dan stress sangat pasal ni.setakat ni kami dah sms agent tuh cakap tak nak pindah.yelah kami dah kemas dan dah cat pun rumah tuh..

tolong kami bagi cadangan sikit okay!

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Semua

Salam dari kami semua...
Kami semua nak ucapkan selamat hari raya !walaupun kami cuma anak anak kucing tapi kami semua puasa ok sebab mummy dan daddy kasi makan sama dengan waktu berbuka.teheee.tahun ni macam biasa kami kena tinggal lagi sebab mummy dan daddy akan balik kampung.kami tak boleh ikut.erk tak lalu jalan jauh.mabuk la.terjelir jelir lidah kami nanti.ok sampai sini.salam dari anak anak bulus shaf dan afiq
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone