sebagaimana yang lain lain dah tahu kami dah pun berpindah ke rumah teres yang baru..herm baru je seminggu.tapi kami nak share apa yang kami dah lalui selama seminggu ni.
baru baru ni toilet rumah ni tersumbat.seingat memang tak pernah jatuhkan apa apa dalam lubang kat toilet ni cuma "anak anak " yang melepas kat toilet semua bahan lepasan diaorang kami tolak masukkan dalam lubang ni.dah guna dan dah buat macam macam masih lagi tak okay.jadi kami pun panggilla agent untuk cek apa yang jadi.
datangla entah siapa siap bawak family bagai(chinese family) untuk cek toilet tuh.esoknya dia bawakla 1tong asid untuk curahkan dalam lubang tuh.seminggu lebih masih tak turun air.sampai la sekarang!
dah la toilet tak elok elok lagi...agent tuh tuduh kami jatuhkan barang dan bahan buangan kucing tuh la puncanya.aku cakap takkanla pasal tuh kan sebab dah nama asid kalau bahan buangan kucing tuh puncanya mestila dah okaykan sebab bukannya plastik ke hape jatuh.pikir logik la kan.
tak lama lepas tuh agent ni hantar massage kat kami disebabkan kucing kucing ni dia suruh kami pindah lepas raya sebelum MPSJ datang lagi besar masalah dengan alasan jiran komplain.haih tolongla!tak ada 1 jiran pun yang bising sebab kami baru je pindah seminggu lebih and "anak anak" ni semua kat dalam rumah.
kami nak mintak pendapat apa patut kami buat.kami cari rumah ni bukannya senang.kadang kami pikir macammana kalau kami cina dan kami bela anjing?macam mana?adakah dia akan suruh keluar jugak.sedangkan hari hari kami kemas rumah.kami pun tak nak hidup dalam keadaan yang busuk betul tak?sedih betul dan stress sangat pasal ni.setakat ni kami dah sms agent tuh cakap tak nak pindah.yelah kami dah kemas dan dah cat pun rumah tuh..
tolong kami bagi cadangan sikit okay!
No comments:
Post a Comment