Saturday, December 18, 2010

Tolongla Jerry!!!!!

hai all.ini Jerry...kenapa Jerry macam ni?
taken from PAPA MEOW blog (kucing2terbiar.blogspot.com)
mengikut apa dari yang mummy baca dari blog PAPA MEOW Jerry kena langgar atau kena pukul macam tuh .jadi sekarang rahang dia tak boleh nak bukak.nak makan pun susah.mummy dah pun mintak tolong kawan kawan mummy tolong Jerry.ada jugak yang hulurkan kewangan walaupun sikit.moga dapat membantu .

kawan kawan semua mari tolong Jerry.ni num akaun papa Jerry 157157812871(AKAUN MAYBANK) atas nama papa Jerry nik ahmad saddam bin nik mustapha..

mari kita sama sama bantu dia !!!

Friday, December 17, 2010

Good Bye Maxy

harini ada berita sedih lagi.entah kenapa kucing kucing sekarang kurang tahan daya dari kucing dulu dulu.baru baru ni Dora anak Eva dapat 3 baby. 2 ekor dah lama mati.tinggal la sekor sebijik macam Maxy kaler dia.sama macam Maxy "anak" kesayangan aku dulu.kira dah sayang sangat la kan sebab dapat sekor yang sama macam Maxy.

Maxy junior ni aktif sangat.suka main dengan Moo Moo.kita orang sayang gila kat dia.tapi sejak kebelakangan ni Dora dah tak nak bagi susu kat dia.kesian Maxy.sampai kita orang terpaksa pegang Dora supaya dia kasi susu.lepas tuh Maxy ni suka sangat tidor kat laki aku.

malangnya pagi ni masa aku bangun Afiq cakap Maxy dah tak ada.dah la semalam dia tido sebelah Afiq.kesian Maxy.gambar dia ada kat facebook.aku tak sempat nak letak kat sini.depan rumah kita orang penuh dengan grave anak kucing.salah kita orang ke ?kita orang tak jaga diaorang dengan baik maybe.ergh sooo sad.yang kena kurap pun tak ok lagi.mak pak dia pun tak mampu nak bawak pi klinik lagi.aku punya gatal gatal pun tak okay lagi.Dora pun dah botak.bulu tinggal sikit je.herm...i promise to all my "kiddo" that we will do our best to jaga u all

Wednesday, December 15, 2010

Bagi Mereka Yang Membenci Kucing.Sila Baca

aku tau ramai yang tak suka kucing kan.sebab katanya kotor..geli...lepas tuh kalau pergi makan kucing datang mintak makan sepak sepak kan ?aku dulu masa kecik tak suka anjing.bukan sebab apa aku pernah kena kejar anjing dulu tapi bila dah tua ni mula la paham yang anjing tuh ciptaan tuhan jugak jadi tak perlu nak baling baling batu ke kalau dia tak kacau kita.bukan la masa tuh aku baling batu kat dia.aku pun tak tau kenapa dia kejar.haha.perlu ke aku cerita kisah pelacur dengan anjing tuh.tak perlu kan.aku rasa semua dah tau cerita tuh.

kita as a human being bukan saja perlu berbaik baik sesama manusia tapi dengan binatang jugak.aku selalu bagitau benda ni...kalau terjumpa kucing terbiar jangan la nayakan dia sebab dia pun nak teruskan hidup.tak kisah la binatang apa pun.as long as tak menyakitkan kita jangan inayakan binatang tuh.atlis beli la makanan kecik ke bagi la kucing/anjing tuh makan.tak luak pun duit tuh.

contoh ada sorang abang ni dulu masa aku duduk kat Damansara.aku nak tangkap ada kucing ni dengan anak anak dia sebab kesian tengok kucing kucing tuh duduk kat tepi tangga.terserempak dengan abang ni masa aku duk terjerit jerit kejar kucing tuh dia keluar dari rumah.dia keluarkan makanan kasi kat aku untuk umpan kucing tuh.siap dia tolong kejar lagi.bertingkat tingkat dia kejar.aku pun dah naik penat dia lak tolong sambung.baik sangat.kucing kucing tuh aku hantar kat rumah PAPA MEOW.ha Hawa "anak" papa meow tuh mak kucing yang aku tangkap ni la.satu lagi kejadian masa tuh ada kucing jiran aku ni stuck kat bumbung jiran.kesian sangat kucing tuh kalau aku ingat balik.dari malam sebelum tuh dah stuck kat situ.nak jalan dia takut pastuh takut jatuh sebab masa tuh rumah aku tingkat 12.aunty yang duduk kat rumah tuh punyalah marah.ada ke dia nak jolok kucing tuh dengan penyapu supaya blah dari rumah dia.so aku cuba la umpan dengan makanan tapi tak jalan jugak sebab dia takut.sudahnya sampai ke petang.tetiba datang ada sorang abang ni panjat atas koridor tuh kemudian grab kucing tuh dengan sebelah tangan.masa tuh kucing tuh dah dekat sikit.gila awesome.dia pertaruhkan nyawa dia untuk selamatkan kucing tuh.masa tuh aku rasa WOW sangat dengan orang macamni.

dan aku ada jugak jumpa mereka mereka yang bagi kucing terbiar makan.aku rasa macam nak give hug je kat orang macam ni.dan selama aku berblog ni memang ramai aku jumpa manusia manusia yang mulia ni.contoh tuh tengok bloglist kat tepi blog aku ni.aku sekarang ada hampir 15 ekor kucing.semua stray cat.sampai sekarang pun kalau jumpa kucing rasa nak bawak balik je tapi takut tak terjaga.kadang aku sakit hati dengan orang yang beli kucing mahal mahal kat pet store tuh tapi kalau tak beli siapa nak belikan.kalau pergi ke pet store tolong perhatikan samaada kedai tuh jaga tak haiwan kat situ dengan baik.sebab dah banyak kedai dah aku sound.tau nak untung je tapi haiwan kat situ tak berjaga elok.contoh kat UPTOWN DAMANSARA.ooo siap tak boleh ambik gambar ye.bullshit la kau!

sebagai penutup ni aku ambil dari blog yang aku baru tengok.cat lover jugak.aku tertarik dengan kisah ni.pinjam ye rosmawatiyusof.blogspot.com.mari kita ambik iktibar sama sama =)

kisah 1

Seorang Sufi ternama bernama ibnu bashad yang hidup pada abad ke sepuluh bercerita, suatu saat ia dan sahabat-sahabatnya sedang duduk santai melepas lelah di atas atap masjid kota kairo sambil menikmati makan malam. Ketika seekor kucing melewatinya, Ibnu Bashad memberi sepotong daging kepada kucing itu, namun tak lama kemudian kucing itu balik lagi, setelah memberinya potongan yang ke dua, diam-diam Ibnu Bashad mengikuti kearah kucing itu pergi, hingga akhirnya ia sampai disebuah atap rumah kumuh, dan didapatinya si kucing tadi sedang menyodorkan sepotong daging yang diberikan Ibnu Bashad kepada kucing lain yang buta kedua matanya. Peristiwa ini sangat menyentuh hatinya hingga ia menjadi seorang sufi sampai ajal menjemputnya pada tahun 1067.
Ada juga cerita tentang seorang sufi di Iraq yang bernama Shibli, ia bermimpi dosa-dosanya diampuni setelah menyelamatkan nyawa seekor anak kucing dari bahaya.
Selain itu, kaum sufi juga percaya, bahwa dengkuran nafas kucing memiliki irama yang sama dengan dzikir kalimah Allah.

kisah 2

Salah satu cerita yang cukup mahsyur yaitu tentang seekor kucing peliharaan yang dipercayai oleh seorang bapa, untuk menjaga anaknya yang masih bayi dikala ia keluar bekerja. Bagaikan prajurit yang mengawal tuannya, kucing itu tak henti2nya berjaga di sekitar sang bayi. Tak lama kemudian melintaslah ular berbisa yang sangat berbahaya di dekat si bayi comel tersebut. Kucing itu dengan tangkasnya menyerang ular itu hingga mati dengan darah yang berciciran.
Apabila sibapa pulang pada sebelah petangnya, ia terkejut melihat begitu banyak darah di tilam bayinya. Prasangkanya berbisik, si kucing telah membunuh anak kesayangannya! Tanpa berfikir panjang, ia mengambil pisau dan memenggal leher kucing yang tak berdosa itu.
Tak lama kemudian, ia terkejut melihat anaknya terbangun, dengan bangkai ular yang telah terkoyak di belakang punggung anaknya. Melihat itu, si bapa menangis dan menyesali perbuatannya setelah menyadari bahwa ia telah mebunuh kucing peliharaannya yang telah bertaruh nyawa menjaga keselamatan anaknya. Kisah ini menjadi refleksi bagi masyarakat islam di timur tengah untuk tidak berburuk sangka kepada siapapun.

kisah 3

Didalam perkembangan peradaban islam, kucing hadir sebagai teman sejati dalam setiap nafas dan gerak geliat perkembangan islam.
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu hewan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.
Dalam aktivitas lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.
Kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyanyangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti hewan lucu ini sangatlah serius, dalam sebuah hadist shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.
Tak hanya nabi, istri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Seorang sahabat yang juga ahli hadist, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), karena kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

moga dapat disampaikan ke anak anak kita supaya mereka juga tak membuli binatang sebab aku tengok banyak anak anak kecik yang suka membuli binatang.mak pak tak ajar ke supaya sayang binatang?

Saturday, December 11, 2010

Bobby Dan Moo Moo

hai saya BOBBY.dari gambar saya ni semua orang boleh tahu yang saya comot.mummy kata saya pembawak kutu.ok walaupun saya sedikit terasa dengan kenyataan dia tapi saya tak menidakkan kebenaran.saya kucing baka campuran.mummy dengan daddy pun tak tau saya baka apa.katanya saya macam ala ala maine coon sikit.yang pasti saya berbulu tebal.daddy bawak saya balik kerumah semasa saya sedang berjalan jalan cari makan di taman.masa tuh saya comot sangat.ceh sama la macam sekarang ni.masa saya sampai kat rumah mummy huih saya cultural shock sangat sebab mummy dengan daddy ada banyak betul kucing.bawak dari yang besar sampai la yang kecik.mula mula takut jugak lama lama boleh geng la.hobi saya suka menyendel kat mummy bila dia tidur.sebab tuh la mummy kena gatal gatal oh ye dan melepas merata rata sebagai contoh di tilam dan lantai but above all mummy and daddy still love me tho.

hai saya MOO MOO.eh kenapa Moo Moo.ha sebab mummy kata kaler kat badan saya dah macam lembu.kemudian perut saya pun besar macam lembu.haih mummy ni.ni gambar saya dengan abang Shiro anak aunty Eva (RIP).ha saya anak Bella lah.saya je yang survive dari 3ekor.adik adik saya yang lain dah mati tak tau la kenapa.mungkin sebab saya ni aktif terlebih lebih tuh la sebab saya survive sampai sekarang.hobi saya kacau mummy dengan daddy makan.banyak kali saya kena pukul dengan daddy sebab kacau dia makan.kalau tak pun dia akan masukkan saya dalam Box Of Shame(kotak kasut) sebab saya selalu kacau dia makan.dia kata perut saya dah macam orang umur 40an.muncit sangat.lepas makan saya akan melepas atau tidur atas TV.wah heaven sangat.walaupun daddy suka buat saya macam bola tapi saya tahu dia sayang saya.hehe.

salam perkenalan xoxoxo

Monday, December 6, 2010

Bagaimana Nak Mengatasi Kurap Kucing .Pls Help

wah lama gila tak update blog ni.

baru baru ni dapat message dari sorang budak ni dekat facebook.memang budak lagi baru darjah berapa entah.katanya sukakan kucing dan nak bela kucing tapi kucing tuh mesti toilet train kalau tak mak dia tak kasi jaga.mula mula aku balas lepas tuh aku tak balas dah.bukan apa malas nak jawab dah ...

kalau adik baca blog ni ada sebab kenapa aku tak reply.main thing sebab kucing bukan senang nak toilet train.kalau kat rumah kita memang dia pandai melepas kat tempat sepatutnya tapi bila bawak ke tempat lain belum tentu dia pandai sebab kita kena latih dia kat rumah kita sendiri pulak supaya dia biasa dengan keadaan tempat baru.ok.so takkan la aku kena pergi kerumah adik ni pulak untuk train kucing tuh kan .

frankly saying bela kucing ni bukan semata untuk suka suka je .bukan semata sebab kucing ni comel je.tapi kena tahu komitmennya sebab kucing ni bernyawa macam kita jugak.aku ni pun walaupun orang tau yang aku sukakan kucing tapi kadang kadang jadi macam serba salah jugak sebab tak jaga betul betul.baru baru ni "anak anak " aku kena kurap kat telinga tuh.teruk juga la sebab bulu habis gugur banyak.nak hantar ke klinik banyak sangat.sampai aku pun kena gatal gatal jugak la.teruk jugak aku kena sekarang.

pergi pet store dia cakap tak ada ubat untuk penyakit macam ni sebab katanya kena hantar pergi cucuk dan kutu ni sebenarnya bukan yang dari luar tapi dari dalam badan dia orang.jadi aku dah jadi macam serba salah sebab kalau nak hantar semua memang tak larat la nak bayar.

jadi aku nak mintak tolong pendapat siapa siapa yang pernah kena ada tak apa apa cara tradisional yang boleh dipraktikkan sebab aku dah tak sanggup lagi dah tengok diaorang hari demi hari kehilangan bulu dan aku lak teruk kena gatal gatal.1 badan bintik bintik merah.pls HELP ME!!!

Monday, November 8, 2010

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Untuk Pet Passport

ramai yang tanya pasal promosi pasal Pet Passport tapi im really sorry tak ada direct line untuk tanya kan pasal hal ni .but they all ada SMS system at http://www.dvs.gov.my/web/guest/mysms

jadi bagi sesiapa yang berminat boleh cuba contact JPV kat website given above

Friday, November 5, 2010

Berita Baik Untuk Animal Lover!!!

tak tau la ni cerita basi ke apa sebab baru baca semalam dalam paper.tak tau la kalau kalau orang lain dah tau kan .so just to share....

for cat lover sekarang ni ada khidmat MENDAFTAR HAIWAN KESAYANGAN DI PET PASSPORT yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).mereka telah memperkenalkan Pet Passport iaitu pangkalan data untuk daftarkan haiwan peliharaan ke bawah Akta Binatang 1953...seriusly as a pet lover aku tak tau pun ada Akta Binatang.sila baca Akta Binatang yang aku ambik dari google kat bawah.

sistem ni ada 2 komponen penting that is Kad Pengenalan Haiwan dan sistem Pet Passport khusus untuk haiwan kesayangan termasukla kuda.dengan adanya sistem ni kita tak payah risau kalau haiwan kita hilang dan pada masa yang sama kalau ada penyakit yang datang dari haiwan ke diaorang boleh detect dengan cepat.kalau haiwan kena curik ke kita nak argue dengan orang yang jumpa tuh ...yang haiwan tuh haiwan tuh kita punya pun tak ada hal sebab ada proof.

program ni start bulan February lepas kat JPV Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dah berjaya menarik minat ramai orang untuk buat Pet Passport.pemilik pemilik yang datang awal ni dapat free microcip lagi untuk haiwan dia orang .

sebagai PROMOSI projek ni menawarkan PAKEJ PENDAFTARAN PERCUMA,PEMBERIAN UBAT CACING PERCUMA,FOTOGRAFI PERCUMA dan PROMOSI MIKROCIP beharga RM 25 setiap unit.kempen ni dah pun disebarkan katanya la tapi tak nampak pun kat mana mana.hihi.

lepas ni boleh la haiwan anda membawa kad pengenalan ke mana mana. kemain bergaya lagi !

AKTA BINATANG 1953
The Animals Act 1953 (Act 647) or “Akta Haiwan 1953 (Akta 647)” is an Act to amend and consolidate the laws for preventing the introduction into, and the spreading within, Peninsular Malaysia of diseases of animals; for the control of the movement of animals into, within and from Peninsular Malaysia; for the control of the slaughter of animals; for the prevention of cruelty to animals; for measures pertaining to the general welfare, conservation and improvement of animals in Peninsular Malaysia; and for purposes connected therewith.

Wednesday, October 27, 2010

Makanan Halal Untuk Kucing

semalam bukak facebook sebab lately dah makin malas nak bersosial.sejak my blackberry rosak terus berhenti socialising.dah lama tak bukak ada wall post dari kak UMI E dan PAPA MEOW.sayang jugak diaorang kat aku kan .hihi.bukan pe kak ..abang...saya banyak berpikir sekarang.pasal lately ni banyak betul nak kena buat dan hadap.kenduri kahwin makin dekat ...apa pun tak siap lagi..tuan rumah pulak mula bising balik pasal kucing kucing kat rumah tuh.takkan nak dibuang pulak kan.haish serabut betul .terharu betul dapat wall post dari kakak dan abang ni :)

memikirkan "anak anak" yang makin ramai kami mula memikirkan cara paling jimat untuk kasi mereka makan.dah lama dah dengar pasal makanan ni tapi tak pernah nampak pulak kat kedai mana mana especially pet store yang jual barang mahal mahal ni.pelik betul.jadi baru baru ni while doing grocery shopping kat Giant dapatla jumpa cat food ni.it is very very cheap dan yang paling penting dijamin halal.do you know that mostly makanan kucing yang mahal mahal tuh banyaknya dibuat daripada babi?mengikut kajian yang aku baca la.

yang kecik dalam 5kg harga lebih kurang 5rm lebih..yang besar 1.5kg harga dalam 13rm tapi masa aku pergi kat Giant ada promosi so dalam 12rm je.memang berbaloi.bila bukak bau makanan dia haish rasa nak kunyah je..sedap bau dia..bau lauk pauk.teehee.dan "anak anak" pun suka.aku tak tau la "anak anak" aku ni kaki pelahap ke hape tapi memang habis la depa makan.

DAN YANG PALING PENTING support la barangan buatan orang Malaysia sendiri..muslim itu sendiri...selain dari makanan kucing ada jugak dikeluarkan barang barang penjagaan kucing tapi tak banyak lagi.tak silap aku syampoo...ubat kutu..dan ubat mata(kalau tak silap la)tapi tak nampak lak kat Giant harituh.aku mintak la pasaraya pun tolong la sokong sama barang buatan Malaysia.kalau tak promosi pengguna pun tak kan tau .

note : kepada semua rakan rakan blogger (anda tahu siapa anda)mintak tolong hantarkan alamat ke niasalina@gmail.com sebab nak hantar kad kahwin :)

Friday, September 24, 2010

Gary dan Maggi

gary...
"anak" kami yang tua dah 3hari tak balik.
sejak duduk rumah teres ni dia dah bermusuh dengan kucing gangster kat kawasan rumah ni.kami panggil kucing tuh "muka kotak" sebab muka dia dah petak betul.haha.selalu gaduh agaknya.

meronta ronta dia nak keluar 3 hari lepas sebab nak balas dendam kat "muka kotak".akhirnya dengan berat hati kami kasi dia keluar dengan harapan dia balik sebab sebelum tuh pun kami pernah kasi dia keluar dan dia ada la pulak balik atau nampak kat kawasan perumahan.tapi dah 3 hari ni tak ada lak dia.moga moga dia selamat dan pandai balik rumah.

meanwhile....
maggi....
"anak" kami yang kira latest jugakla.
semalam dia kena buli dengan "anak anak" lain.kemudian afiq kata dia terberanak tak cukup bulan baby dia kat dalam bilik.2 ekor.kesian dia.kami pun tak tau yang dia pregnant.haish gatal betul kucing kat dalam rumah ni!

Thursday, September 16, 2010

Membela Haiwan Kadang Kadang Nampak Hikmahnya.

merujuk posting di bawah,kami berdua memang agak risau sebabkan anak anak ini kami kena keluar dari rumah baru ni sebab agent yang berperangai mengelabah.katanya kucing kucing kami la punca toilet rumah ni tersumbat walaupun kami baru je duduk tak sampai seminggu masa tuh.puas dah cakap yang takkanla sebab bahan buangan kucing ni pulak jadi punca lubang tuh tersumbat.tak logik lansung.mulala agent tuh merapik kelain katanya keluar jugak kalau tak akan jadi punca masalah lain pulak akan datang.

bayangkan masa tuh nak raya...dah la kami baru cat rumah..betapa crushnya hati kami dengan perangai bangsat ni.kami bukan rasis tapi nila perangai setengah kaum yang hanya pikirkan duit dan takda lain.semata sebab plumber tu caj dia macam macam dia cakap kat kami.bayangkan ini juga..kalau kami cina dan kami bela anjing macam mana?i wonder wether he would tell us the same thing.

kuasa tuhan masa kami balik beraya dah la raya kami sucks tahun ni...dengan runsing kepala memikir mana pulak kami nak pindah lepas ni.mana pulak nak cari duit...sampai sahaja rumah kami cek toilet tuh balik.atas nasihat kawan kami korek lubang tuh pakai plastik.jumpala 1 bola keras warna merah macam bola snooker yang definately for sure bukan kami punya.tak pernah nampak pun.itu la punca lubang tuh tersumbat sampai banjir toilet tuh.

straight kami sms agent bagitau..dia mintak maaf kat afiq.tu saja yang dia cakap sebab dia nak claim balik kat plumber yang pada kami tak cek pun lubang tuh apa puncanya.yang tau kompelin sebab rumah bau kucing.ah kamon la dah kerja engkau kan.tak pulak dia cakap lagi suruh kami keluar dari rumah tuh.

walaupun sekarang kucing kucing kami nak makan pun tak dak sebab mak pak dia tengah broke..kami still yakin alah rezeki ada di mana mana.moga "anak anak" ini mendoakan kami.

Thursday, September 9, 2010

Perlukan Pertolongan Dan Cadangan.Sila Baca!

sebagaimana yang lain lain dah tahu kami dah pun berpindah ke rumah teres yang baru..herm baru je seminggu.tapi kami nak share apa yang kami dah lalui selama seminggu ni.

baru baru ni toilet rumah ni tersumbat.seingat memang tak pernah jatuhkan apa apa dalam lubang kat toilet ni cuma "anak anak " yang melepas kat toilet semua bahan lepasan diaorang kami tolak masukkan dalam lubang ni.dah guna dan dah buat macam macam masih lagi tak okay.jadi kami pun panggilla agent untuk cek apa yang jadi.

datangla entah siapa siap bawak family bagai(chinese family) untuk cek toilet tuh.esoknya dia bawakla 1tong asid untuk curahkan dalam lubang tuh.seminggu lebih masih tak turun air.sampai la sekarang!

dah la toilet tak elok elok lagi...agent tuh tuduh kami jatuhkan barang dan bahan buangan kucing tuh la puncanya.aku cakap takkanla pasal tuh kan sebab dah nama asid kalau bahan buangan kucing tuh puncanya mestila dah okaykan sebab bukannya plastik ke hape jatuh.pikir logik la kan.

tak lama lepas tuh agent ni hantar massage kat kami disebabkan kucing kucing ni dia suruh kami pindah lepas raya sebelum MPSJ datang lagi besar masalah dengan alasan jiran komplain.haih tolongla!tak ada 1 jiran pun yang bising sebab kami baru je pindah seminggu lebih and "anak anak" ni semua kat dalam rumah.

kami nak mintak pendapat apa patut kami buat.kami cari rumah ni bukannya senang.kadang kami pikir macammana kalau kami cina dan kami bela anjing?macam mana?adakah dia akan suruh keluar jugak.sedangkan hari hari kami kemas rumah.kami pun tak nak hidup dalam keadaan yang busuk betul tak?sedih betul dan stress sangat pasal ni.setakat ni kami dah sms agent tuh cakap tak nak pindah.yelah kami dah kemas dan dah cat pun rumah tuh..

tolong kami bagi cadangan sikit okay!

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Semua

Salam dari kami semua...
Kami semua nak ucapkan selamat hari raya !walaupun kami cuma anak anak kucing tapi kami semua puasa ok sebab mummy dan daddy kasi makan sama dengan waktu berbuka.teheee.tahun ni macam biasa kami kena tinggal lagi sebab mummy dan daddy akan balik kampung.kami tak boleh ikut.erk tak lalu jalan jauh.mabuk la.terjelir jelir lidah kami nanti.ok sampai sini.salam dari anak anak bulus shaf dan afiq
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, August 30, 2010

Spread The Word!Sebarkan!

please spread the word...
we are giving away our babies
well some of them not all okay T_T
u can see all the baby pics in this blog.
contact me at my email niasalina@gmail.com

Saturday, August 21, 2010

Serumpun

Hihihi.kan?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 19, 2010

Gambar "Anak Anak " Latest


haha kesian tersepit kat tengah tengah
lola yang dah besar!ada siapa siapa nak dia tak ?
shiro pun dah besar!ada siapa siapa nak dia tak ?
magic yang makin nakal!main lari lari atas katil..dan jadi MUMMY terpijak untuk LOLA,SHIRO dan UCANG..walaupun dia jantan.haha.
penat baru lepas berbuka dengan air laici..haha
ha ni UCANG...kucing baru.nampak tak kaki dia bengkak,sekarang dah ok.dia la yang paling aktif!

Wednesday, August 18, 2010

Update Eva

ada yang massage tanya apa jadi dengan eva .
frankly saying kami tak tau apa jadi dengan dia.sedih tuh memang la tapi kami paham sebab apa yang bernyawa akan tetap pergi walau apa cara pun.tapi agak sedih bila tengok anak anak eva sebab depa nak kan susu.boleh depa isap susu kat MAGIC yang jantan tuh.heh.bila aku tengok rupanya depa isap badan MAGIC je.kesian kan.kami ada la belikan susu tapi tin kecik je mahal nak mampus.tuh pun nak habis dah.

hujung bulan ni kami semua bakal pindah kerumah baru.jadi lepas ni "anak anak" boleh la main rumput sebab mummy and daddy dia nak pindah rumah teres!hihi.doakan segalanya berjalan lancar untuk kami dan anak anak.

Wednesday, July 21, 2010

Eva......We Miss You Baby

eva tak dijumpai sampai sekarang.hancur luluh rasa hati ni.
bela dia dari kecik.baby kita orang yang paling unik sebab kategori cantik dan sombong.
heh pantang pegang dia akan cakar.ada masa je dia akan tidur kat sebelah kita.
tak tau apa yang jadi kat dia buat kami serabut.
entah jatuh ke ada orang ambil ke.
kalau ada orang ambil moga moga orang yang ambil tuh hatinya lebih baik dari kami.
kalau dah mati kesian dia kami tak dapat nak tanam dia elok elok.
mintak kawan kawan blogger doa kan eva selamat
wherever she are...

Thursday, July 15, 2010

Eva Mummy And Daddy Miss You!

dah berapa lama tak update blog ni.dah mula bersawang.majlis nikah kami dah pun selesai..cuma majlis sandingnya lambat lagi bulan November 20hb.nak jemput semua rakan rakan blogger dan pencinta pencinta haiwan datang ke Perak untuk majlis ni ya.

selepas 3hari balik ke Perak untuk majlis nikah kami Eva "anak" kami yang ni hilang entah kemana.poster dah letak ...masuk harini dah 3hari dia hilang.anak anaknya masih menyusu.kesian kat depa sekarang minum air biasa je.malam pulak sebab maknya dah tak ada ..menyendel la kat sebelah kami untuk tidur.

mana la sayang mummy ni pergi.Eva ni penakut.kalau pintu terbukak mesti dia tak berani pergi jauh.dah dicari kat bawah takut takut dia jatuh atlis jumpa la jasadnya tapi apa pun tak jumpa.dalam hati kami biarla ada orang yang jumpa dan jaga.

semua doakan Eva selamat samaada disini atau disana.....



Monday, June 28, 2010

Pengumuman!

this blog takkan berupdate la nampaknya sebab mummy dengan daddy is gettin married!
jadinya mummy dengan daddy akan buzy sampai tak sempat nak update blog we all ni .
cuma nak bagi tau kat sini kami ada pertambahan adik!
minggu lepas mummy dah ambil adik baru nama dia MAGGI.
ada manusia yang tak bertanggungjawab buang merata rata je MAGGI ni kat blok mummy ni .
jadi mummy ambil dan bela sebab tak ada orang nak ambil dia dah.
yang adik kat bawah ni dah ada orang ambil dah.alhamdullilah.
jadi MAGGI adalah ahli keluarga kami yang ke 13!
semoga bahagia bersama kami walaupun kena buli.hihi
mummy dengan daddy pun nak pindah lepas kahwin sebab kami ni ramai sangat!
nak buat 1 kawasan untuk kami main.
semoga mummy dengan daddy bahagia juga!

Friday, June 18, 2010

Help Needed!Pertolongan Diperlukan

dah macam berabuk sikit la kita orang punya blog nikan .yela mummy tuh kalau update blog ..dia update blog dia je.nak update sendiri tak reti taip kan.

anyway all of us and mummy + daddy nak mintak tolong ni.
mummy ada selamatkan sekor lagi kawan kita yang tak bernasib baik.
mummy jumpa kat depan pintu.
comel dan bersih je dia.
mungkin ada tuan dia.
tapi mummy dah cuba cari tak jumpa tuannya.
nak letak pic tak boleh sebab kat opis mummy tak boleh nak upload pic.
but what we can tell is that bulu dia kaler semua lebih kurang macam Bam Bam...
dan muda sikit dari Bam Bam ...Ming Ming semua.
nak kata baby bukanla kan..kira tahap kanak kanak lagila.hikhik -_-
nak mintak tolong siapa siapa yang boleh tolong jaga.
sebab Gary asyik buli dia je.
plus kami kat rumah di dah banyak sangat.
tak larat mummy dengan daddy jaga.
tolong ye spread the word.
dont worry dia sangat comel.
tapi kalau anda jenis nak kucing jenis persian je ..
herm pergi la habis kan duit kat petshop dari membantu kami yang terbiar
sila hubungi mummy di num tertera atau komen tab -_-

Monday, May 31, 2010

Introducing....

baby got their names now...Lola and Shiro -_-




Wednesday, May 26, 2010

Hero-Legless Cat

me and afiq masih lagi bersedih..6 babies dan Modjo pergi cepat sangat.ada gambar gambarnya tapi sebab komputer masih rosak tak dapat nak upload kat sini.semua sebab flu jadi bagi sesiapa yang kucing dia kena flu jaga baik baik okay.

sampai sekarang kami rasa salah kami sebab tak jaga depa dengan baik.terima kasih buat thalhah dan papa meow dari blog kucing kucing terbiar sebab tolong tanam Modjo kat tempat depa.tengah tunggu masa yang sesuai untuk lawat baby dan mummy yang dihantar harituh..dan nak jumpa Aman dan Peace!

hati tak sanggup rasanya nak tengok gambar gambar baby kat dalam camera dan posting yang lama.paling tersentuh bila afiq kata "bila pergi dapur rasa sunyi je tak ada sekor yang paling bising".he is referring to Modjo yang pantang kita pi dapur dia yang paling bising sebab makanan dia special lain dari yang lain.kena masak dulu.jadi dia tau tiap kali pi dapur mungkin masak untuk dia..dan dah makin sunyi sebab tak ada suara suara baby yang banyak mintak susu.yang tinggal hanya dua ekor baby(anak Eva's) yang sekarang makin gemuk dan aktif.tiap tiap hari risaukan mereka sebab hanya dua yang tinggal.

ini ada 1 benda menarik nak share dengan semua.ini Hero..dia ada 2 kaki sahaja.kisah nya di SINI .sedih sangat baca sampai menitik air mata.sama la macam masa mula mula aku jumpa Magic yang tak ada 1 paw.


note : kepada yang beli binatang peliharaan mahal mahal tuh..1k hang beli le kasi makan banyak kucing kucing terbiar.dan aku cukup benci pet shop yang jual binatang sebab boleh tengok depa tak jaga binatang tuh dengan baik sebenarnya!

Saturday, May 22, 2010

Bad News

salam
disebabkan komputer mummy rosak at the moment so itscats unable to upload any pic.
we just want to inform that our beloved MODJO that is Eva's baby had passed away yesterday disebabkan cirit birit yang berterusan dan selesema yang teruk.we are so sad still.

and one of Bella's new born baby also died yesterday morning because of flu.one of her baby also is fighting for her life at the moment as well as one of Eva's baby.all because of flu.

we are so sad sebab dalam 1 minggu kami mungkin akan kehilangan 4 nyawa.

note : last posting ada cerita pasal kucing kucing yang aku tangkapkan....dah pun di past kat blogger kucing kucing terbiar.for those yang nak plis contact blogger kucing kucing terbiar

Thursday, May 20, 2010

Anak Anak Dijumpai.Ada Siapa Siapa Mau?

i dont think that both of my blog will be updated soon as my pc rosak and internet akaun pulak dituduh fraud atas sebab kebodohan technician yang pasang aku punya streamyx.

jadinya hari ni kena turun cyber cafe semata nak update cerita terbaru .
pasal "anak anak " yang sekarang tengah merana kena selesema masih lagi tak okay.jadi hari hari kena bagi ubat.yang kecik la kena sakit mata.sabar jela dugaan betul.kadang kadang menangis sebab rasa serba salah tak jaga depa dengan baik.tapi nasib baik la ada sokongan dari rakan rakan blogger yang aku rasa manusia paling interesting dalam dunia aku yang aku kenal.

lagi satu story aku nak share tadi aku jumpa mak kucing and 2 ekor anak dia.tak tau la siapa yang buat kat aku punya floor jadi aku tangkap bawak balik.kenapa aku cakap tangkap!....mak hai susah betul nak ambik anak dia sebab dia takut betul dengan orang.sabar jela.nasib baik ada abang ni dia dengar aku duk lari lari kan dia tolong aku tangkap.kalau dia tak ada tadi mau berejam jugak aku turun naik floor kejar kucing punya pasal.ni mak dan anak dia.

mak dia ni peknen .cian dia .baik je mak dia.
ni anak anak dia .sekor warna hitam putih sekor g warna kuning.yang kuning ni mata dia biru.tapi dua dua penakut nak mampus.geram aku.habis tangan aku kena cakar..mulanya aku nak hantar kat papa meow blogger kucing kucing terbiar tapi aku nak tanya kat sini dulu ada siapa siapa nak tak depa ni?

kalau ada yang nak please sms aku nanti aku call balik.nak hantar kat papa meow kesian lak kat dia sebab anak anak dia dah banyak.sama la dengan aku.jadi mintak tolong as soon as posible okay!!!

Saturday, May 15, 2010

RIP Dak Kimo

me ,afiq and all of our baby furr sending our condolence to
miss Tedi atas kehilangan Dak Kimo.
he will be remembered in peace and be love from all of us.

Dak Kimo...
go and play in heaven with Maxy ya.
notes : TO THOSE CAT LOVERS OUT THERE IF U WANT THE BABIES IN POSTING BELOW PLEASE EMAIL ME AT niasalina@gmail.com

love,
shaf
(selftitleshaf.blogspot.com)

Friday, May 14, 2010

Latest Baby Pic!!!

INI ADALAH BABY BABY EVA's
MACAM ALIEN KAN.NI SEMUA KERJA DADDY DEPA AMIK PIC MACAM NI.CAN U SPOT THE TWIN?

INI ANAK BELLA's LATEST!
ADA BERAPA KAH SEMUANYA.KIRA LA SENDIRIK -_-

Saturday, May 8, 2010

What The Hell!!

aku dah mula rasa nak marah .
sebab ada yang cakap join group yang aku buat ni that is "membantah keganasan keatas haiwan di pusat perlindungan DBKL" semata nak tengok video dan gambar bukti.
kenapa tak join iklas untuk support the group?
nak tanya manusia yang berfikiran macam ni..senang ke nak bongkar benda jahat?
tambah pulak dari orang macam aku yang lansung tak ada pangkat apa apa ni.
lain la aku ni anak dato ke menteri ke kan.
aku buat group ni bukan untuk meng"glam" kan diri.
its for a good cause.tak nampak ke?
bukannya aku buat group "shaf lina fabeles " ke..-_-
itu melampau dah tuh.
update :
dari blog papa meow (kucing2terbiar.blogspot.com)
boleh baca kat SINI
dia dah pergi tengok tempat tuh.bertutup semua dengan zink.
beb manusia pun panas beb kalau rumah semua bertutup dengan zink.
siap le dengar anjing melolong sakit
wat the hell beb!aku dah geram sangat ni.
aku bukan buat group tu suka suka.
sekali lagi aku tegaskan.
atlis aku nak dapat kan lebih dari 200 orang
pastuh aku akan forward kan dekat people yang ada kuasa untuk cek.
gila ke pusat lindungan haiwan kita tak boleh masuk.
wat the hell kan?

Wednesday, May 5, 2010

Tolong Spread The Word !!!!

hai all,
eh dah nak bersawang blog mummy ni kan.
yela nak kena tunggu mummy free baru le update.
nak harap daddy..huh!waste time sangat!=b
mummy sajikan u all dengan gambar gambar latest dulu sebab dia malas nak uploas satu satu =b
*mummy and magic...magic tuh macam reluctant je nak kiss mummy.hihi*
*ini kebulor namanya*
*baby dah bukak mata.tomey kan?*
well due to what we read at blog papa meow------www.kucing2terbiar.blogspot.com
and i quote(hopefully papa meow okay ye sebab nak quote dari your blog)
Maklumat Terkini, untuk pengetahuan pusat kurungan haiwan terutama milik dbkl di setapak masih melakukan penderaan sehingga mati. terhadap anjing dan kucing yang ditangkap. Bahagian hadapannya telah ditutup dari pandangan awam, tidak seperti dulu yang terbuka supaya aktiviti penderaan tidak dapat dilihat.

Pada yang pandai dan simpati sila buat satu entry protes supaya pusat kurungan haiwan ditutup, digantikan dengan Taman haiwan terbiar yang diambilalih oleh sukarelawan pencinta haiwan. Nanti kita sama-sama sebarkan. Kita desak kerajaan berbuat sesuatu. Sedangkan negara seperti Amerika dan Australia contohnya, sangat menjaga kebajikan haiwan, tapi negara Islam seperti Malaysia begitu jahat. Mungkin salah satu sebab negara Islam masih mundur dan kucar kacir berkat doa haiwan yang dizalimi.


dulu memang ada berita pasal pusat lindungan haiwan kat selayang DBKL punya la kan menyiksa binatang binatang.pas kena tegur sebenarnya depa masih lagi mendera haiwan haiwan tak bersalah ni behind close door.well personally aku memang tak pernah visit this place.but aku percaya apa yang pencinta binatang cakap ok.yelah takkan nak tipu pasal hal hal macam ni.

eventhough aku tak berpeluang lagi nak visit this place to see with my own eye..aku dah buat 1 group kat facebook.walaupun tak pergi lagi tapi aku sakit hati bila baca berita ni.so aku tak nak lambat sangat bertindak .jadi mintak tolong semua tingkat kan kesedaran yang lain terutama yang ada facebook.sila add group ini ok----search : 
membantah keganasan keatas haiwan di pusat perlindungan DBKL (setapak)

tapi kalau siapa siapa ada berita yang mengatakan benda ni tak betul sila bagitau aku cepat... aku setuju dengan kenyataan papa meow.aku pun pernah kena tegur kenapala nak tolong haiwan sangat.adoi jawapan aku sama "bukan ke haiwan ada perasaan jugak..."bukan ke haiwan tak boleh nak tolong diri sendiri kalau kita yang ada fikiran ni nak tolong depa".plis ah bukak mata bukak minda.

Thursday, April 29, 2010

Posting For Papa Meow From Kucing Terbiar.Blogspot

tribute to this posting dari papa meow blog....
menitik air mata baca.
kesian jugak kat black.
yang kat rumah ni pun tak berenti cirit birit.
moga tak ada apa nanti.

sila klik untuk baca disini http://kucing2terbiar.blogspot.com/2010/04/ular-sawa-makan-kucingkesian.html

Wednesday, April 28, 2010

Jangan Persoalkan Kasih Ini

tadi betul betul terkejut tengok perut Gary yang dah sekeping macam Modjo.
kepala mula serabut sebab asyik pikir yang bukan Modjo je asyik cirit birit sampai sekeping badan dia...yang sampai la ni nak makan ayam rebus je(pensan la mummy)...tapi rupanya Gary pun sama.jadi tadi masakkan untuk dia sekali ayam rebus.

Chicka pun sama masih lagi cirit birit.tadi dia terlepas kat tilam.heish.

sampai sekarang depa masih melepas kat pintu.ikutkan hati mau je maki Tesco sekali lagi tapi nak buat camna.ada jugak yang berkata kata kenapa aku bela banyak sangat cat.memang susah nak jaga sebab aku duduk apartment.tapi kasih sayang ni adoi tak berbelah bagi.tido pun sanggup ruang kecik janji sebelah depa dapat tidur.kadang kadang lebihkan makanan depa dulu dari makanan sendiri.

ada yang suruh buang.tapi ayat yang dikasi sangat menyakitkan hati.nasib baik la family daddynya.kalau kawan kawan dah lama kena maki.

ini pun ada jugak terasa sayu sebab tak dapat jaga depa dengan baik.makanan depa tak pernah cukup.ni pun dah habis.nak ke hujung bulan walaupun dekat terasa lambat!nak hantar klinik jangan kan lagikan.ni pun berkira kira nak belikan ubat dan makanan lain yang lebih baik untuk depa bulan ni.

bayangkan balik kerja penat tapi masih berkederat untuk cuci lantai dan toilet tanpa jemu.bukan nak kata diri ni mulia tapi inilah hakikat hidup kami berdua(me and afiq)...anak anak yang baru ini ikutkan hati nak bela saja tapi dah rasa tak mampu.nasib baik ada yang mahu mereka.moga dapat jaga mereka macam mana kami jaga dan mungkin lebih baik.

Monday, April 26, 2010

Eva 's a Mummy Again!

malam kelmarin lepas balik dari uptown dengar suara berdecit decit macam tikus dalam rak meja tv.tiba tiba teringatkan eva yang dari balik tak nampak pun dia.rupanya dia dah beranak kat dalam almari yang penuh dengan kertas.

malamnya eva dapat 3 baby....pagi tuh bangun tengok tengok ada lagi 2 jadi semuanya 5.daddynya kata 3 jantan 2 betina.huh memang pening la kalau yang jantannya perangai macam ming ming.dah ada orang cop nak kan baby eva tapi akan dedicide bila dah besar sikit.

eva pulak kuat betul makan and protective.pagi ni mummy mengelabah sebab carik anak eva tengok tengok tak ada dalam sangkar.rupanya eva dah bawak masuk balik dalam almari.huh.

eva's baby.daddy happy betul dapat sekor kaler putih semua ;)

Wednesday, April 21, 2010

Important Notice PLS Read!

kelmarin teringat kan maxy.
thats why la dah jarang tidur kat dalam bilik.
macam terbayang bayang dia baring kat sebelah.
sebab maxy dulu suka sangat baring kat bantal sebelah kanan kita sambil mengangkang tidur.
air mata mula menitik.
video dia dalam kamera masih lagi tak buang.
tak pernah tengok sampai sekarang.
daddy nya saja yang selalu tengok.
penangannya sampai sekarang malas nak tidur kat dalam bilik.
tidur kat luar je.
biar la orang nak kata "alah kucing je kot"
tapi ni benda bernyawa kan dah tuh kita jaga pulak dari kecik.
mana tak sedih kan.
just now aku bukak website petfinder.com
sedih sangat bila tengok binatang binatang kat situh.
please la korang mana yang ada blog aku urge korang to post about petfinder.com.
yang mana dog lover can see at the website ada anjing comel yang bakal dimatikan sebab tak ada orang nak adopt.
pls guy!blog about petfinder!

Kisah Manusia Yang Main Cakap Tak Tanya Dulu!

heish kamera daddynya bawak pergi kerja la pulakkan.tension betul baru nak ambik gambar "budak budak" ni main.especially yang aku gelihati tengok sekarang ni si magic dengan ming ming.paling kesian gary sebab semua suka kacau ekor dia.paling best time dia tidur.kesian dia.

bila tengok magic berlari main lompat lompat segala aku lupa yang kakinya ada 3.baru baru ni aku bersembang kat status seorang kawan kat facebook.mula ceritanya pasal adoption fest kat subang parade tak silap aku yang kenakan bayaran agak mahal untuk adopt cat and dog walaupun cat and dog yang depa up for adoption tak seberapa.dalam bahasa kasarnya tak comel.hehe.

nak buat camnakan kebanyakan yang kat adoption centre ni kucing dan anjing buangan orang.malang nasib depa.kalau kita biasa pergi ke adoption centre akan tau pasal ni.plus kalau depa buat kat shopping mall ke atau mana mana tempat terbuka depa terpaksa la letak harga tinggi sikit sebab nak dapatkan duit untuk adoption center depa kan as tulah masanya depa nak cari derma habis habisan.kalau kat adoption centre yang ala ala persian bulu cantik ni pun memang depa akan cas mahal gak.which aku rasa baik depa buat kat adoption center sahaja acara ni and hebah kan besar besaran.

dalam duk sembang pasal hal ni ada sorang mamat ni tanya la pasal berapa kalau nak adopt.sorry la beb kalau baca ni sebab aku baru ada masa nak taip pasal ni.nasib baik dia dah mintak maaf kan.so aku cerita la pasal magic "my 3 legged baby" yang aku adopt kat paws pakai budi bicara aku hanya tukarkan magic dengan cat food.bila dia baca yang magic hanya ada 3 kaki apa yang dia taip seterusnya buat aku piss off sangat sangat!

ada ke patut dia kata kenapa tak mati kan je kucing tuh.ibarat aku ni menyeksa magic sebab dia hanya ada 3 kaki jadi terseksa la dia hidup dia kat dunia ni.aku terus panas dan terangkan kat dia yang magic is very very healthy and running.and pls take note ya everybody!!!kalau kita adopt kucing dari adoption centre depa takkan lepaskan kucing tuh kat kita sebab kita bayarkan kalau depa tak healthy!

heish ada jugak manusia camni yang tak tanya betul betul dulu terus main cakap.salah orang pulak tuh dia nak cakap camtuh.apa pun aku dah maaf kan dia lama dah.

Sunday, April 18, 2010

Mereka Mereka Yang Disayangi With Picture Update(Baru Ambil Tadi!)

kesian Gary kenapa entah mata dia sebelah susah nak bukak.kena cakar dengan yang lain kot.kelmarin daddynya kata dia mengadu "eh kenapa nasik ni cat food mana?" hoho gary...gary...
si kecik ni kan tak boleh lansung bukak balkoni mesti nak duduk kat atas.kalau tergolek ke bawah padan muka tau!degil!
eva si peknen ni hari hari melepet sambil baca risalah membeli barang barang dapur.tehee.
si peknen bella ni pun sama hari hari melepet tak pun cari pasal gaduh dengan yang lain .moody betul!
magic sekarang hobi dia melepet kat mana mana mummy baring okay.ya ampun lebamnya mata mummy.sebab korang la mummy tak cukup tido tau!
modjo.budak ni la yang paling teruk kena cirit birit sebab makanan tesco tuh.sekarang dia dah tukar nama jadi keding!sebab terlampau kurus boleh rasa tulang belakang dia.dia sekarang pun dah tak pendiam macam dulu.suka tido kat bahu pulak tuh sekarang.
bam bam makin gemok dan mengada ngada sekarang.pantang mummy duduk kat pc dia mesti nak menyibuk suruh garu kepala dia.sabau jela!
hobi tido atas TV.makin mengada ngada sekarang.pantang nak tido mesti suruh garu.ming ming kan!
nama chika tapi macam jantan budak betina ni.tak nak nya duduk diam diam kalau pegang.haip!
tak ada beza betul budak mata besar si dora ni dengan modjo dengan minnie.hehe.
yang minnie kena ambik gambar dengan mummy sebab tak nak duduk diam.bersin dah kurang tapi ya ampun suara makin nyaring dan panjang betul dalam 1 masa lah!

sekian
luv,
mummy!