Wednesday, April 28, 2010

Jangan Persoalkan Kasih Ini

tadi betul betul terkejut tengok perut Gary yang dah sekeping macam Modjo.
kepala mula serabut sebab asyik pikir yang bukan Modjo je asyik cirit birit sampai sekeping badan dia...yang sampai la ni nak makan ayam rebus je(pensan la mummy)...tapi rupanya Gary pun sama.jadi tadi masakkan untuk dia sekali ayam rebus.

Chicka pun sama masih lagi cirit birit.tadi dia terlepas kat tilam.heish.

sampai sekarang depa masih melepas kat pintu.ikutkan hati mau je maki Tesco sekali lagi tapi nak buat camna.ada jugak yang berkata kata kenapa aku bela banyak sangat cat.memang susah nak jaga sebab aku duduk apartment.tapi kasih sayang ni adoi tak berbelah bagi.tido pun sanggup ruang kecik janji sebelah depa dapat tidur.kadang kadang lebihkan makanan depa dulu dari makanan sendiri.

ada yang suruh buang.tapi ayat yang dikasi sangat menyakitkan hati.nasib baik la family daddynya.kalau kawan kawan dah lama kena maki.

ini pun ada jugak terasa sayu sebab tak dapat jaga depa dengan baik.makanan depa tak pernah cukup.ni pun dah habis.nak ke hujung bulan walaupun dekat terasa lambat!nak hantar klinik jangan kan lagikan.ni pun berkira kira nak belikan ubat dan makanan lain yang lebih baik untuk depa bulan ni.

bayangkan balik kerja penat tapi masih berkederat untuk cuci lantai dan toilet tanpa jemu.bukan nak kata diri ni mulia tapi inilah hakikat hidup kami berdua(me and afiq)...anak anak yang baru ini ikutkan hati nak bela saja tapi dah rasa tak mampu.nasib baik ada yang mahu mereka.moga dapat jaga mereka macam mana kami jaga dan mungkin lebih baik.

2 comments:

  1. Salam... memang teruk juga kalau mereka nak makan ayam hari-hari... lagipun tak berapa baik untuk mereka kan...

    Teruslah bersabar...

    * ayat 'buang saja kucing tu' paling benci didengari - kalau orang tu cakap ulang kali - silap2 kena penampar lima jari!

    ReplyDelete
  2. sabar. mungkin ada rezeki nanti.
    dorang tu kan pembawa rezeki. rezeki yg tak terjangka.

    ReplyDelete