Friday, February 18, 2011

Dengan Tebal Mukanya Aku Mintak Tolong...Haih(Selamat Tinggal Maggi)

aku baru je lepas balik dari 2 buah klinik kat area rumah aku ni sebab nak mintak tolong pasal Bobby.semalam Maggi pulak mati...aku dah mula sakit kepala.mungkin lepas ni aku tak patut ambik kucing lagi.jadi harini aku nekad nak cari klinik yang boleh terima dulu nanti bayar...

tapi malangnya aku tak tahu apa tujuan klinik haiwan kat KL ni especially.is it for money or sebab depa memang sayangkan binatang?

klinik yang pertama aku pergi(sebab kat sini ada 2 klinik sahaja)..memang pekerjanya sangat baik sebab sudi tolong aku bagi explanation.depa cakap klinik tuh bukan depa punya jadi nak bagi hantar dulu nanti bayar memang susah tapi atlis depa bagitau aku kena ada deposit sikit..which is terus terang aku cakap ada cukup cukup makan je ni.jadi depa tak dapat tolong.katanya kos mungkin akan jadi RM300++.

klinik yang kedua aku pergi.dari luar nampak mewah dah.baru je aku nak tanya dan sebut terus straight dia kata tak boleh.engkau ni memang dasyat la.dengar aku cakap pun macam nak tak nak.serius shit aku rasa marah .dan aku terus doakan kedai dia jadi susah..boleh?sebab aku marah!

dah la nak hantar jauh jauh tak boleh sebab kami pakai motor je.kenapa la klinik klinik haiwan semua macam ni.haiwan pun ada perasaan okay.aku takut terlewat je nak hantar Bobby.yang lain pun dah kena kurap teruk dah.aku pun dah kena gatal gatal.

aku naik kecewa..sebab ada yang mengata aku tak bertanggungjawab.tapi depa tak paham situasi aku macammana.lepas ni aku tak mau bawak kucing balik rumah dah.mungkin aku jadi volunteer je kat PAWS ke.jaga yang ada ni baik baik je.

dengan ini aku dengan tebal mukanya jugak nak mintak tolong kat sesiapa yang boleh bagi buah fikiran yang terbaik atau nak tolong Bobby sila SMS aku di 0196054990.SMS sahaja.atau email niasalina@gmail.com
bye bye sweet Maggi

hancur hati aku kalau lepas ni aku upload gambar depa lagi dan ucap selamat tinggal lagi.

2 comments:

  1. hallamak...kalau macam ni..susah lagi kan..sian plak kat si Maggi tu...ada cara lain ke?macam bantuan dari kengkawan lain??takkan nak biarkan mereka semua mati beb??huhuuhhu...=(

    ReplyDelete
  2. So sorry... hope you will be strong...

    ReplyDelete