Monday, December 6, 2010

Bagaimana Nak Mengatasi Kurap Kucing .Pls Help

wah lama gila tak update blog ni.

baru baru ni dapat message dari sorang budak ni dekat facebook.memang budak lagi baru darjah berapa entah.katanya sukakan kucing dan nak bela kucing tapi kucing tuh mesti toilet train kalau tak mak dia tak kasi jaga.mula mula aku balas lepas tuh aku tak balas dah.bukan apa malas nak jawab dah ...

kalau adik baca blog ni ada sebab kenapa aku tak reply.main thing sebab kucing bukan senang nak toilet train.kalau kat rumah kita memang dia pandai melepas kat tempat sepatutnya tapi bila bawak ke tempat lain belum tentu dia pandai sebab kita kena latih dia kat rumah kita sendiri pulak supaya dia biasa dengan keadaan tempat baru.ok.so takkan la aku kena pergi kerumah adik ni pulak untuk train kucing tuh kan .

frankly saying bela kucing ni bukan semata untuk suka suka je .bukan semata sebab kucing ni comel je.tapi kena tahu komitmennya sebab kucing ni bernyawa macam kita jugak.aku ni pun walaupun orang tau yang aku sukakan kucing tapi kadang kadang jadi macam serba salah jugak sebab tak jaga betul betul.baru baru ni "anak anak " aku kena kurap kat telinga tuh.teruk juga la sebab bulu habis gugur banyak.nak hantar ke klinik banyak sangat.sampai aku pun kena gatal gatal jugak la.teruk jugak aku kena sekarang.

pergi pet store dia cakap tak ada ubat untuk penyakit macam ni sebab katanya kena hantar pergi cucuk dan kutu ni sebenarnya bukan yang dari luar tapi dari dalam badan dia orang.jadi aku dah jadi macam serba salah sebab kalau nak hantar semua memang tak larat la nak bayar.

jadi aku nak mintak tolong pendapat siapa siapa yang pernah kena ada tak apa apa cara tradisional yang boleh dipraktikkan sebab aku dah tak sanggup lagi dah tengok diaorang hari demi hari kehilangan bulu dan aku lak teruk kena gatal gatal.1 badan bintik bintik merah.pls HELP ME!!!

Monday, November 8, 2010

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Untuk Pet Passport

ramai yang tanya pasal promosi pasal Pet Passport tapi im really sorry tak ada direct line untuk tanya kan pasal hal ni .but they all ada SMS system at http://www.dvs.gov.my/web/guest/mysms

jadi bagi sesiapa yang berminat boleh cuba contact JPV kat website given above

Friday, November 5, 2010

Berita Baik Untuk Animal Lover!!!

tak tau la ni cerita basi ke apa sebab baru baca semalam dalam paper.tak tau la kalau kalau orang lain dah tau kan .so just to share....

for cat lover sekarang ni ada khidmat MENDAFTAR HAIWAN KESAYANGAN DI PET PASSPORT yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).mereka telah memperkenalkan Pet Passport iaitu pangkalan data untuk daftarkan haiwan peliharaan ke bawah Akta Binatang 1953...seriusly as a pet lover aku tak tau pun ada Akta Binatang.sila baca Akta Binatang yang aku ambik dari google kat bawah.

sistem ni ada 2 komponen penting that is Kad Pengenalan Haiwan dan sistem Pet Passport khusus untuk haiwan kesayangan termasukla kuda.dengan adanya sistem ni kita tak payah risau kalau haiwan kita hilang dan pada masa yang sama kalau ada penyakit yang datang dari haiwan ke diaorang boleh detect dengan cepat.kalau haiwan kena curik ke kita nak argue dengan orang yang jumpa tuh ...yang haiwan tuh haiwan tuh kita punya pun tak ada hal sebab ada proof.

program ni start bulan February lepas kat JPV Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dah berjaya menarik minat ramai orang untuk buat Pet Passport.pemilik pemilik yang datang awal ni dapat free microcip lagi untuk haiwan dia orang .

sebagai PROMOSI projek ni menawarkan PAKEJ PENDAFTARAN PERCUMA,PEMBERIAN UBAT CACING PERCUMA,FOTOGRAFI PERCUMA dan PROMOSI MIKROCIP beharga RM 25 setiap unit.kempen ni dah pun disebarkan katanya la tapi tak nampak pun kat mana mana.hihi.

lepas ni boleh la haiwan anda membawa kad pengenalan ke mana mana. kemain bergaya lagi !

AKTA BINATANG 1953
The Animals Act 1953 (Act 647) or “Akta Haiwan 1953 (Akta 647)” is an Act to amend and consolidate the laws for preventing the introduction into, and the spreading within, Peninsular Malaysia of diseases of animals; for the control of the movement of animals into, within and from Peninsular Malaysia; for the control of the slaughter of animals; for the prevention of cruelty to animals; for measures pertaining to the general welfare, conservation and improvement of animals in Peninsular Malaysia; and for purposes connected therewith.

Wednesday, October 27, 2010

Makanan Halal Untuk Kucing

semalam bukak facebook sebab lately dah makin malas nak bersosial.sejak my blackberry rosak terus berhenti socialising.dah lama tak bukak ada wall post dari kak UMI E dan PAPA MEOW.sayang jugak diaorang kat aku kan .hihi.bukan pe kak ..abang...saya banyak berpikir sekarang.pasal lately ni banyak betul nak kena buat dan hadap.kenduri kahwin makin dekat ...apa pun tak siap lagi..tuan rumah pulak mula bising balik pasal kucing kucing kat rumah tuh.takkan nak dibuang pulak kan.haish serabut betul .terharu betul dapat wall post dari kakak dan abang ni :)

memikirkan "anak anak" yang makin ramai kami mula memikirkan cara paling jimat untuk kasi mereka makan.dah lama dah dengar pasal makanan ni tapi tak pernah nampak pulak kat kedai mana mana especially pet store yang jual barang mahal mahal ni.pelik betul.jadi baru baru ni while doing grocery shopping kat Giant dapatla jumpa cat food ni.it is very very cheap dan yang paling penting dijamin halal.do you know that mostly makanan kucing yang mahal mahal tuh banyaknya dibuat daripada babi?mengikut kajian yang aku baca la.

yang kecik dalam 5kg harga lebih kurang 5rm lebih..yang besar 1.5kg harga dalam 13rm tapi masa aku pergi kat Giant ada promosi so dalam 12rm je.memang berbaloi.bila bukak bau makanan dia haish rasa nak kunyah je..sedap bau dia..bau lauk pauk.teehee.dan "anak anak" pun suka.aku tak tau la "anak anak" aku ni kaki pelahap ke hape tapi memang habis la depa makan.

DAN YANG PALING PENTING support la barangan buatan orang Malaysia sendiri..muslim itu sendiri...selain dari makanan kucing ada jugak dikeluarkan barang barang penjagaan kucing tapi tak banyak lagi.tak silap aku syampoo...ubat kutu..dan ubat mata(kalau tak silap la)tapi tak nampak lak kat Giant harituh.aku mintak la pasaraya pun tolong la sokong sama barang buatan Malaysia.kalau tak promosi pengguna pun tak kan tau .

note : kepada semua rakan rakan blogger (anda tahu siapa anda)mintak tolong hantarkan alamat ke niasalina@gmail.com sebab nak hantar kad kahwin :)

Friday, September 24, 2010

Gary dan Maggi

gary...
"anak" kami yang tua dah 3hari tak balik.
sejak duduk rumah teres ni dia dah bermusuh dengan kucing gangster kat kawasan rumah ni.kami panggil kucing tuh "muka kotak" sebab muka dia dah petak betul.haha.selalu gaduh agaknya.

meronta ronta dia nak keluar 3 hari lepas sebab nak balas dendam kat "muka kotak".akhirnya dengan berat hati kami kasi dia keluar dengan harapan dia balik sebab sebelum tuh pun kami pernah kasi dia keluar dan dia ada la pulak balik atau nampak kat kawasan perumahan.tapi dah 3 hari ni tak ada lak dia.moga moga dia selamat dan pandai balik rumah.

meanwhile....
maggi....
"anak" kami yang kira latest jugakla.
semalam dia kena buli dengan "anak anak" lain.kemudian afiq kata dia terberanak tak cukup bulan baby dia kat dalam bilik.2 ekor.kesian dia.kami pun tak tau yang dia pregnant.haish gatal betul kucing kat dalam rumah ni!

Thursday, September 16, 2010

Membela Haiwan Kadang Kadang Nampak Hikmahnya.

merujuk posting di bawah,kami berdua memang agak risau sebabkan anak anak ini kami kena keluar dari rumah baru ni sebab agent yang berperangai mengelabah.katanya kucing kucing kami la punca toilet rumah ni tersumbat walaupun kami baru je duduk tak sampai seminggu masa tuh.puas dah cakap yang takkanla sebab bahan buangan kucing ni pulak jadi punca lubang tuh tersumbat.tak logik lansung.mulala agent tuh merapik kelain katanya keluar jugak kalau tak akan jadi punca masalah lain pulak akan datang.

bayangkan masa tuh nak raya...dah la kami baru cat rumah..betapa crushnya hati kami dengan perangai bangsat ni.kami bukan rasis tapi nila perangai setengah kaum yang hanya pikirkan duit dan takda lain.semata sebab plumber tu caj dia macam macam dia cakap kat kami.bayangkan ini juga..kalau kami cina dan kami bela anjing macam mana?i wonder wether he would tell us the same thing.

kuasa tuhan masa kami balik beraya dah la raya kami sucks tahun ni...dengan runsing kepala memikir mana pulak kami nak pindah lepas ni.mana pulak nak cari duit...sampai sahaja rumah kami cek toilet tuh balik.atas nasihat kawan kami korek lubang tuh pakai plastik.jumpala 1 bola keras warna merah macam bola snooker yang definately for sure bukan kami punya.tak pernah nampak pun.itu la punca lubang tuh tersumbat sampai banjir toilet tuh.

straight kami sms agent bagitau..dia mintak maaf kat afiq.tu saja yang dia cakap sebab dia nak claim balik kat plumber yang pada kami tak cek pun lubang tuh apa puncanya.yang tau kompelin sebab rumah bau kucing.ah kamon la dah kerja engkau kan.tak pulak dia cakap lagi suruh kami keluar dari rumah tuh.

walaupun sekarang kucing kucing kami nak makan pun tak dak sebab mak pak dia tengah broke..kami still yakin alah rezeki ada di mana mana.moga "anak anak" ini mendoakan kami.

Thursday, September 9, 2010

Perlukan Pertolongan Dan Cadangan.Sila Baca!

sebagaimana yang lain lain dah tahu kami dah pun berpindah ke rumah teres yang baru..herm baru je seminggu.tapi kami nak share apa yang kami dah lalui selama seminggu ni.

baru baru ni toilet rumah ni tersumbat.seingat memang tak pernah jatuhkan apa apa dalam lubang kat toilet ni cuma "anak anak " yang melepas kat toilet semua bahan lepasan diaorang kami tolak masukkan dalam lubang ni.dah guna dan dah buat macam macam masih lagi tak okay.jadi kami pun panggilla agent untuk cek apa yang jadi.

datangla entah siapa siap bawak family bagai(chinese family) untuk cek toilet tuh.esoknya dia bawakla 1tong asid untuk curahkan dalam lubang tuh.seminggu lebih masih tak turun air.sampai la sekarang!

dah la toilet tak elok elok lagi...agent tuh tuduh kami jatuhkan barang dan bahan buangan kucing tuh la puncanya.aku cakap takkanla pasal tuh kan sebab dah nama asid kalau bahan buangan kucing tuh puncanya mestila dah okaykan sebab bukannya plastik ke hape jatuh.pikir logik la kan.

tak lama lepas tuh agent ni hantar massage kat kami disebabkan kucing kucing ni dia suruh kami pindah lepas raya sebelum MPSJ datang lagi besar masalah dengan alasan jiran komplain.haih tolongla!tak ada 1 jiran pun yang bising sebab kami baru je pindah seminggu lebih and "anak anak" ni semua kat dalam rumah.

kami nak mintak pendapat apa patut kami buat.kami cari rumah ni bukannya senang.kadang kami pikir macammana kalau kami cina dan kami bela anjing?macam mana?adakah dia akan suruh keluar jugak.sedangkan hari hari kami kemas rumah.kami pun tak nak hidup dalam keadaan yang busuk betul tak?sedih betul dan stress sangat pasal ni.setakat ni kami dah sms agent tuh cakap tak nak pindah.yelah kami dah kemas dan dah cat pun rumah tuh..

tolong kami bagi cadangan sikit okay!

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Semua

Salam dari kami semua...
Kami semua nak ucapkan selamat hari raya !walaupun kami cuma anak anak kucing tapi kami semua puasa ok sebab mummy dan daddy kasi makan sama dengan waktu berbuka.teheee.tahun ni macam biasa kami kena tinggal lagi sebab mummy dan daddy akan balik kampung.kami tak boleh ikut.erk tak lalu jalan jauh.mabuk la.terjelir jelir lidah kami nanti.ok sampai sini.salam dari anak anak bulus shaf dan afiq
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone